MALAYSIA
Pemandu warga emas maut, van bawa rombongan terbabas

Keadaan van rombongan dari Semporna ke Kota Kinabalu yang terbabas di Jalan Bukit Ular, Kunak-Lahad Datu. -Foto Sinar Harian
KUNAK: Seorang lelaki warga emas maut manakala lapan lagi penumpang cedera selepas van dinaiki mereka terbabas di Jalan Bukit Ular, Kunak-Lahad Datu, di sini pada Ahad.
Ringkasan AI
- Sebuah van rombongan dari Semporna ke Kota Kinabalu terbabas di Jalan Bukit Ular, Kunak-Lahad Datu, menyebabkan seorang lelaki warga emas maut dan lapan penumpang cedera.
- Mangsa yang maut merupakan pemandu van berusia 74 tahun, manakala penumpang lain berusia antara 46 hingga 75 tahun hanya mengalami kecederaan.
- Operasi menyelamat dijalankan oleh pasukan bomba dan EMRS, dan ditamatkan pada jam 9.09 pagi selepas semua mangsa diberi rawatan dan lokasi disahkan selamat.
“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah van jenis Toyota Hiace yang terbabas sendiri ke bahu jalan.
"Dalam van tersebut terdapat sembilan individu termasuk pemandu yang membawa rombongan dari Semporna ke Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Beliau berkata, seorang mangsa yang maut dipercayai pemandu tersepit di tempat duduk hadapan dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas.
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala semua mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) serta dibawa ke hospital bagi rawatan susulan.
Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 9.09 pagi selepas lokasi kejadian disahkan selamat. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami